Pengenalan Islam Di Australia

Pengenalan

Islam di Australia....


Sejarah Islam di Australia berlaku sebelum tarikh penempatan Eropah. Pada tahun 1650, nelayan Islam dari Asia Tenggara sampai dan berniaga dengan Orang Asli dari utara Australia. Selepas itu sesetengah mereka telah berkahwinan campur. Pada tahun 1860 pula, sekitar 3,000 penungang unta datang dari Afghanistan dan benua kecil India. Kumpulan ini menyumbang kepada penerokaan kawasan pedalaman Australia, iaitu dari laluan kereta api antara Port Augusta dan Alice Springs dan Telegraph Line Overland dari Adelaide ke Darwin dan ini menghubungkan Australia ke London melalui India.
Islam berkembang Pesat di Australia

Islam di Australia adalah satu kumpulan agama yang minoriti. Menurut bancian penduduk pada tahun 2011, seramai 476,291 orang, atau 2.2% daripada jumlah penduduk Australia adalah beragama Islam. Ini menjadikan Islam perkumpulan keempat terbesar agama selepas agama Kristian (64%), tidak beragama (22.9%) dan beragama Buddha (2.5%). Walaupun sebahagian besar di Australia adalah masyarakat Islam, tetapi masyarakat Islam disana hidup berpecah-belah, justeru terbentuklah pelbagai kaum, etnik, budaya dan bahasa.


No comments :

Post a Comment