Rumusan
Melalui pembikinan
blog ini, kami mendapati, terdapat banyak institusi pembangunan yang
berteraskan Islam di Australia. Malahan, institusi-institusi in sentiasa tumbuh
bagaikan cendawan lepas hujan kerana semakin ramai penduduk Australia yang
menganut agama Islam.
Selain itu, terdapat
juga kepelbagaian dalam setiap institusi pembangunan yang berteraskan Islam
ini. Disebabkan rakyat mereka yang berbilang kaum, mereka saling bertoleransi
dan memahami antara satu sama lain.
Melalui pembikinan
blog ini juga, kami dapat mempelajari bagaimana institusi pembangunan Islam di
Australia ditubuhkan dan kawasan daerah yang menjadi tumpuan penduduk Islam di
Australia.
Sebenarnya, masih
banyak lagi institusi pembangunan yang berteraskan Islam di Australia yang
tidak dapat disenaraikan oleh kerana mereka tidak boleh dicapai melalui laman
sesawang dan terdapat juda instiusi-institusi yang sudah tidak aktif lagi.
Harapan kami, melalui
pembikinan blog ini, para pembaca blog dapat mengetahui akan kewujudan
institusi pembangunan berteraskan Islam di Australia dan semoga ia boleh
menjadi direktori umat Islam seluruh dunia yang ingin lebih mengenali
perkembangan umat Islam di Australia.
No comments :
Post a Comment